Khamis, 30 Jun 2011

Wan Azizah Tak Sokong PERHIMPUNAN HARAM "beersih"!!



Salam...


Dalam keghairahan puak-puak tu nak mengadakan PERHIMPUNAN HARAM "beersih"....rupenye ada juga diantara puak-puak jembalang tanah ni tak menyokong demonstrasi nih...

Artikel ni ambe dapat daripada blog MiM yang mana merupakan tulisan Dr Chandra muzaffar bekas pimpinan tertinggi PKR!!


Artikel sangat menarik oleh Dr Chandra Muzaffar di bawah. Intipatinya membangkitkan beberapa perkara yang perlu difahami dengan jelas supaya kita faham perhimpunan Bersih 2.0 bukannya bersih seperti yang kita sangkakan.

Ianya melibatkan gerakan sulit yang lebih kompleks dan besar kemungkinan melibatkan campur tangan pihak asing yang secara tidak langsung telah mencabul kedaulatan negara kita ini.


Merujuk kepada reaksi-reaksi yang kita baca sehingga ke hari ini, ramai pihak terutamanya ahli parti bawahan dan orang biasa tidak tahu dan tidak mungkin akan dimaklumkan tentang gerakan tersebut.

Ianya kerana jika semua rakyat Malaysia tahu, tidak mungkin ada seorang pun yang akan hadir di dalam perhimpunan tersebut kecuali Anwar Ibrahim, Ambiga, Mat Sabu dan beberapa orang lain yang menjadi dalang kepada gerakan terancang dan sulit itu!


Malah, semasa Chandra Muzaffar masih aktif di dalam PKR, beliau tidak menyokong demonstrasi dan pandangan beliau turut di sokong oleh Wan Azizah Ismail, Presiden PKR ketika itu.


Di antara keraguan yang digariskan oleh Chandra Muzaffar tentang motif sebenar Bersih dan dalang-dalang dibelakangnya ialah :-

1) Jika Bersih adalah ikhlas membetulkan SPRM, parti-parti politik yang berada di barisan hadapan dalam gabungan ini, seharusnya menjadi contoh di negeri-negeri yang di bawah pemerintahan PR dengan memastikan kemudahan kerajaan tidak disalahgunakan dalam pilihan raya atau pilihan raya kecil.

2) Namun, dalam pilihan raya-oleh di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, dikatakan bahawa kerajaan negeri PKR itu telah menyalahgunakan jentera-jentera mereka, secara langsung dan tidak langsung, untuk kempen mereka.

3) Begitu juga, jika Bersih mahu akses yang saksama di dalam media elekrtonik dan cetakan yang pro-kerajaan BN, Bersih harus tegas dan vokal terhadap media elektronik dan cetakan pro-pembangkang supaya bersikap adil dan seimbang dalam liputan dan analisis mereka tentang isu politik. Tambahan pula, siber media di Malaysia hari ini adalah satu sumber maklumat yang penting dan salah informasi.


4) Terdapat juga motif tersembunyi di sebalik pelan Bersih bahawa mana-mana orang yang munasabah akan menyiasat. Saya amat sedar tentang perkara ini sebahagiannya kerana pengalaman saya sendiri dengan demonstrasi dan politik sendiri hidangan penggerak utama di belakang 9 Julai.

5) Apabila saya adalah Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional (kini Rakyat) (PKR) 1999-2001, parti itu menyokong demonstrasi reformasi. Selepas beberapa ketika saya menyedari bahawa demonstrasi tidak membawa kita di mana-mana dan sia-sia; mereka tidak membawa kepada kebangkitan mana-mana demokrasi di kalangan rakyat jelata. Sebaliknya, lebih ramai yang keluar parti kerana kesusahan yang mereka alami.

6) Beberapa aktivis kami ditahan, kira-kira di bawah ISA. Kebanyakan semua, saya dapat melihat bahawa demonstrasi dimulakan oleh Anwar dari sebalik tembok penjara disampaikan hanya satu tujuan: untuk memastikan dia mendapat perhatian, dan untuk membawanya keluar dari penjara.


7) Dalam kepimpinan parti, saya telah mengambil kedudukan yang jelas menentang demonstrasi. Kecuali Keadilan Presiden, Dr.Wan Azizah Ismail, tidak ada orang lain menyokong saya. Rakyat Malaysia mendapat tahu pembangkang melalui demonstrasi, dan Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohammad melalui rujukan dalam media.

8) Motif terselindung Anwar adalah lebih kurang ajar hari ini. Beliau mahukan sangat jawatan Perdana Menteri, dan akan beralih kepada apa-apa cara untuk mencapai cita-citanya. Beliau berharap bahawa 9 Julai akan membantu dia mengatasi beberapa halangan beliau kini menghadapi dan memberi rangsangan yang dia perlukan.

9) Beliau berpendapat, mobilisasi besar-besaran penyokong dan atas-pagar pada 9 Julai akan mengalihkan perhatian dari perbicaraan kes liwat beliau yang bermula lewat pada bulan itu dan dari skandal seks video beliau.

10) Pada masa yang sama, beliau menjangka demonstrasi untuk mencipta momentum yang akan menghakis sokongan kepada BN dan menguatkan kedudukan beliau. Jika berjaya, sekutu Anwar Ibrahim 'endorsersin' dari sesetengah negara Barat mungkin akan memberi sokongan kuat untuk mencapai "perubahan rejim" itu.

Ahad, 26 Jun 2011

HIMPUNAN "BEERSHIT" di BUKIT BINTANG???




Salam...

mmm....tengah ambe duk "surfing" terbace artikel ni dari blog " THE FLYING KICK"...menarik gak...betul gak ape yang ditulis tu...

KENAPA tak wat PERHIMPUNAN HARAN "BEERSHIT" tu kat PETALING STREET ke...atau...BUKIT BINTANG ...pasti GEMPAK...nyerlah....



'KAYU API NERAKA' MINTA POLIS JADI BALACI BERSIH 2.0!!!

Lim Kit Siang marah kerana para pemimpin UMNO-BN tidak bersikap 'terbuka' untuk BERSIH 2.0 berbanding BERSIH 2007. Katanya, polis seharusnya ditugaskan untuk mengawal dan memastikan perarakan di tengah-tengah Kuala Lumpur itu, terutama di kawasan perniagaan umat Islam, berjalan lancar dan mengikut kehendak DAP serta CIA.

Apa yang boleh diucapkan ialah KEPALA BAPAK DIA!!!

BERSIH 2.0 sepatutnya dianjurkan dari kawasan Petaling Street atau di kawasan Bukit Bintang. Anehnya, setiap kali demonstrasi hendak diadakan, ia mesti di kawasan sekitar Jalan Melayu, Jalan Tun Perak, Jalan Raja dan Jalan Tunku Abdul Rahman. Kawasan di mana orang Melayu dan umat Islam berniaga, meskipun secara kecil-kecilan dan sebagai penjaja.

Belum pernah lagi perarakan atau demonstrasi diadakan di dalam kawasan pekan Cina Petaling Street. Bahkan ketika zaman Reformasi dahulu pun, Jalan Petaling sungguhpun dilalui oleh gelombang Reformasi yang menggila, tidak ada seorang pun yang berani masuk dan memulakan perarakan dari dalam.

Begitu juga di Bukit Bintang.

Kalau benar hujah yang mengatakan demonstrasi tersebut akan memberikan keuntungan serta pulangan yang besar kepada para penjaja, seharusnya ia dilakukan di Petaling Street dan Bukit Bintang. Apatah lagi seperti kata KAYU API NERAKA, perhimpunan tersebut akan menjadi rekod perhimpunan manusia terbesar di Malaysia, seharusnya boleh menarik lebih banyak perhatian dunia jikalau diadakan di Bukit Bintang.

Mengapa kacau di kawasan Melayu dan tidak sesekali berani masuk ke kawasan Cina?

Sabtu, 25 Jun 2011

Siapa AMBEEGA SREENAVASAN?




KUALA LUMPUR 25 Jun — Rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu diminta meneliti siapa sebenarnya Datuk Ambiga Sreenevasan sebelum mengikut telunjuknya yang meminta rakyat mengadakan perhimpunan haram 9 Julai ini.

Penganalisis politik berpendapat orang Melayu harus melihat kembali sejarah tindak tanduk Ambiga yang pernah menimbulkan kemarahan umat Islam terutamanya orang Melayu di negara ini sebelum secara membuta tuli mengikut kehendak dan telunjuknya.

Bekas Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam telah menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.

Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Majlis Peguam yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut.

Justeru penganalisis politik berpendapat tindak tanduk Ambiga memperlihatkan diri beliau sebagai seorang yang tidak menghormati undang-undang dan perlembagaan dan dengan itu orang Melayu terutamanya harus memikirkan semula hasrat untuk menyertai perhimpunan haram 9 Julai yang diketuai oleh Ambiga.

Penganalisis politik bebas dari Universiti Teknologi Mara (UiTM)Datin Paduka Prof. Dr. Ramlah Adam berkata sebagai seorang peguam, Ambiga sudah tentu arif mengenai undang-undang dan perlembagaan negara.

"Ambiga tahu sekiranya penganjuran sesuatu perhimpunan tidak mendapat permit daripada pihak polis maka perhimpunan itu tidak boleh dilakukan. Kita tidak faham kenapa dia tetap juga mahu meneruskan perhimpunan haram itu walaupun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak," katanya kepada Bernama.

Tegasnya, keperluan menganjurkan perhimpunan haram itu juga tidak jelas kerana jika penganjur ingin menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka boleh menggunakan saluran yang betul seperti membuat kenyataan di surat khabar dan media elektronik dan bukannya mengadakan demonstrasi haram.

Pemerhati politik dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Prof Datuk Dr. Zainal Kling pula menyifatkan golongan yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram itu tidak layak dan tidak patut menjadi pemimpin termasuk Ambiga.

Katanya, mereka terlampau mengikut parti tertentu yang memperjuangkan ideologi politik masing-masing.

"Lebih baik buat tunjuk perasaan sebagai parti politik dan bukan NGO. Jadi orang akan faham maksud dan matlamat mereka (pemimpin politik) terutama orang awam tentang kacau bilau dalam parti seperti PKR yang tidak bersih, DAP yang selalu bermaharajalela atau autokratik dan PAS yang tidak mengikut atau sudah lari daripada perjuangan asal mereka," katanya.

Zainal menyifatkan tujuan perhimpunan haram itu adalah semata-mata untuk melindungi "kekotoran" dalam parti pembangkang.

"Mereka sedang cuba melahirkan keadaan kacau bilau, huru hara dan anarki yang semua ini berniat memberi isyarat buruk di mata dunia dan meniru taktik yang sedang dilakukan oleh negara yang menghadapi huru-hara," katanya. — BERNAMA

HANGAT!!!! Video Ambiga Sanggah ANUwar Ibrahim


Ni artikel yang ambe ambil dari blog MiM....


Di bawah adalah video kenyataan Ambiga Sreneevasan Pengerusi pro-murtad Beersih yang pasti memalukan Anwar Ibrahim dan seluruh fanatik beliau.

Ambiga menepis, menempelak dan menghina Anwar Ibrahim! Di mana beliau mahu letak muka beliau sekarang?



Video : Ambiga Hina Anwar !

1. Dan di dalam isu ini, apakah ahli-ahli PAS dan PKR begitu rendah maruah mereka mempertabatkan Pengerusi pro-murtad itu sebagai heroin mereka?

2. Apakah mereka seperti peribahasa 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong' kerana terhegeh-hegeh menempek pada program orang lain yang tidak mengiktiraf parti PAS dan PKR?

3. Apakah PAS dan PKR sudah hilang kemampuan untuk mengadakan program tajaan sendiri?

MALU !

Selasa, 21 Jun 2011

Jom Boikot PERHIMPUNAN HARAM (bersih 2.0)

Salam...

Ni adalah petikan dari blog Zulkifli Noordin yang ambe rase boleh menjelaskan tentang tujuan sebenar PERHIMPUNAN HARAM bersih 2.0 diadakan. Marilah kite same-same berfikir sejenak motif sebenar DALANG disebalik PERHIMPUNAN HARAM ini. Jangan le kite terpengaruh dengak dakyah-dakyah PUAK PELAMPAU ni.



BERSIH YANG KOTOR?

(Appa, itu malayu mau mikin demo mau ikut ar? Aiya Ah Cheng, kita belakang luluk sulah. Kita kasi biar itu malayu hantam sama malayu ma!)

Salam 2 all.

Himpunan haram "Bersih-2" yang dijadualkan pada 09 Julai nanti adalah satu perhimpunan dengan niat yang "Kotor-2". Konon cerita ianya dianjurkan oleh badan-badan NGO untuk menuntut pilihanraya umum yang bersih! Ianya sebenarnya Himpunan Bersih dengan niat kotor untuk sapu bersih negara ini daripada pemerintahan Islam-Melayu! Agenda jahat untuk menjatuhkan pemerintahan Melayu-Islam dengan cara haram - ala Dataran Tahrir!!

Adakah pilihanraya di negara ini tidak bersih? Kalau tidak bersih, masakan 5 negeri boleh tumbang, dan 2/3 majoriti Kerajaan hilang. Teman akui pilihanraya kita tidak sempurna, sebagaimana pilihanraya umum banyak negara lain, termasuk Amerika dan negara Eropah, tetapi nak kata tidak bersih adalah fitnah sama sekali. Memang boleh beberapa perkara diperbetulkan. Contohnya undi pos. Bukan menghapuskan undi pos, tetapi memperkemaskannya, saperti membenarkan wakil calon hadir semasa pengiraan dan Borang 14 undi pos ditandatangani oleh semua wakil calon dan masing-masing menyimpan salinan sehingga pengiraan undi sepenuhnya. Ini akan memastikan ketelusan dan transparensi.

Teman tengok pilihanraya mereka sendiri pun tak bersih. Cuba tengok pilihanraya PKR. Ahlinya sendiri mengadu berlakunya penipuan, putar belit, penafian hak, ujudnya pengundi hantu dan macam-macam lagi. Calon Timbalan Presiden komplen kena buang terus yop. Calon Timbalan Presiden Mustafa Kamil Ayob membuat aduan berkajang-kajang langsung tak dilayan. Calon Ketua AMK Badrulhisham mengemukakan memorandum bantahan berkati-kati namun dibakulsampahkan. Cerminkan diri sendiri dululah yop.

Tengok pilihanraya haram masjid-masjid yang mahu dibuat di Pulau Pinang. Perkenan Tuanku YDP Agong sebagai Ketua Agama Islam langsung tidak diperolehi. Suatu penderhakaan yang jelas. Dan paling teruk, daftar pengundi anak kariah masjid pun tidak ada!!! Habis siapa yang berhak mengundi. Kata barua biaDAP yang jahil muraqab, terpulang kepada Pengerusi Masjid dan AJK menentukan siapa boleh mengundi. Nak kata bodoh, pergi sekolah. Nak kata cerdik, cakap macam orang bodoh. Maknanya Pengerusi Masjid diberi ruang untuk manipulasi menentukan siapa boleh mengundi. Sudah pasti Pengerusi akan hanya benarkan mereka yang menyokongnya sahaja boleh mengundi. Anak kariah yang tak menyokong, pasti akan diketepikan. Maka akan berlaku kekecohan dan perpecahan dikalangan anak kariah. Dan yang pasti senyum khinzir ialah kaum kafir harbi juga! Tidak kah bodoh segelintir umat Islam yop?

Tetapi persoalan pokok sekarang ialah mengapa himpunan haram Bersih 2 dijalanraya mahu dibuat juga? Pertama mereka dakwa ini hak untuk berhimpun yang dijamin oleh Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan. Benar Artikel 10 membenarkan hak berhimpun, tetapi ada had batasannya. Bukan hak sembrono boleh dibuat ikut nafsu sendiri. Bukannya pihak polis tidak beri berhimpun. Tetapi pihak polis benarkan, malah mencadangkan himpunan dibuat di stadium. Samada stadium Merdeka, Stadium Bukit Jalil, malah Stadium Shah Alam pun boleh. Tetapi mereka menolak! Jadi persoalannya bukan hak berhimpun, tetapi niat jahat nak mencetuskan kekacauan dijalanan!!!

Kedua, mereka mendakwa tujuan himpunan haram itu adalah untuk menyerahkan memorandum kepada Tuanku YDP Agong. Teman dah periksa dengan pihak istana, setakat ini tidak ada langsung temujanji dibuat dengan pihak Istana untuk mengadakan pertemuan dan menyerahkan memorandum tersebut. Bermakna ini satu pembohongan dan putarbelit. Dan kalau setakat nak serah kepada Tuanku YDP Agong, sesudah mendapat perkenan Istana untuk mengadap, hantarlah wakil beberapa orang dan serahkan memorandum tersebut. Mengapa perlu nak buat himpunan haram ditengah bandaraya Kuala Lumpur?

Kalau sekadar nak tunjukkan rakyat menyokong, buat sahaja memorandum yang ditandatangani oleh para penyokong mereka. Ini yang kami Pertubuhan Pembela Islam buat semasa kes murtad Azlina Jailani tahun 2006. Beberapa orang kami yang mewakili badan-badan NGO memohon perkenan mengadap Tuanku YDP Agong membawa bersama kami 1,000,000 @ sejuta tandatangan umat Islam yang membantah kes itu. Dan itu pun kami tidak dapat mengadap Tuanku, hanya bertemu Pemegang Mohor Besar Raja-Raja Melayu. Tetapi tidak pulak kami marah melompat. Cuba bayang kalau kami mahu main kotor macam Bersih 2 ini, kami boleh minta sejuta umat yang menandatangani memorandum itu turun ramai-ramai. Tetapi kami tiada niat jahat, tujuan kami hanya untuk menyerahkan memorandum bantahan umat Islam kepada Tuanku YDP Agong. Dan matlamat kami tercapai alhamdulillah. Tiada kecoh, tiada rusuhan; ianya benar-benar proses yang aman.

Jadi rumusannya, niat golongan pelampau yang mahu mengadakan himpunan haram Bersih 2 pada 09 Julai ini sebenarnya adalah kotor; mempunyai niat jahat dan agenda kepentingan sendiri. Kalau nak berhimpun Polis benarkan buat di stadium. Kalau nak serah memorandum temujanji dengan pihak Istana pun tidak dibuat. Kalau nak buktikan ada penyokong, mereka boleh kemukakan memorandum dengan tandatangan tetapi langsung tidak dilaksanakan. Jadi apa sebenarnya niat mereka?

Niatnya jelas. Cuba baca twitter, facebook dan laman web kaum pelampau ini. "Mari kita tumbangkan kerajaan 9 Julai ini". "Jom sapu-bersih Be End 09 Julai". "Dataran Merdeka Dataran Tahrir". "Basahkan bumi KL dengan warna merah". "Kalau rakyat Mesir berjaya, kita juga akan berjaya". Dan banyak lagi kenyataan-kenyataan yang membawa kepada satu sahaja rumusan, mereka berniat mahu menjadikan 09 Julai sebagai hari rusuhan, kekacauan sebagaimana berlakunya dinegara-negara 'Arab. Dengan niat supaya Kerajaan yang dipilih rakyat ini tumbang secara ganas, kasar dan haram.

Teman cukup yakin dalang-dalang disebalik himpunan haram ini mempunyai agenda mereka sendiri. Ambeega Sreenavasan, bekas Pengerusi Majlis Peguam, badan yang terkenal anti Islam, sudah pasti mahukan kerajaan yang ada pada hari ini tumbang kerana "terlalu Islamik". Yang ini takkan rakan-rakan dalam PAS dah lupa. Dengar kata manusia yang ditabal bininya sendiri dah pukul kompang nak turun. Apa niat Majlis Peguam, terutamanya Ambiga Sreenavasan yang dilantik menjadi Pengerusi Himpunan Haram ini? Apa niat dan agenda Anwar dan kaum Anwarinas untuk mengadakan himpunan haram ini. Insyallah akan teman kupas dalam masa terdekat ini.

Jadi yop, janganlah jadi lembu bodoh yang dicucuk hidung. Teman tahu ramai rakan teman dikalangan ahli PAS mempunyai niat baik, mahukan pilihanraya yang adil dan sempurna. Tetapi adakah mereka lupa siapa dia Ambiga Sreenavasan dan Bar Council; yang kini mereka tabalkan sebagai ketua himpunan haram ini. Dan ramai rakan teman yang berhati suci putih bersih ini tidak mengenali Anwar. Mereka tidak sedar yang parti PAS sudah dikuasai oleh kaum Anwarinas yang menyembah Anwar. YB Datuk Hassan Ali pun boleh dibuang, YB Datuk Harun Taib pun boleh diketepikan; dan ini adalah antara tokoh Islam yang benar-benar ikhlas mahu memperjuangkan Islam dan menentang sebarang kemungkaran termasuk para peliwat dan pengenjut China-doll. Dan kini mereka tumbang.

Pada teman dan rakan yang masih cintakan Islam didalam PAS, teman ingatkan diri teman dan mike semua, bacalah Surah Al Baqarah: 7-18, Surah Yaasin 6-17, dan Surah Al Kahfi: 1-10. Jelas ALLAH berikan amaran kepada umat Islam, yang ada Al Quran ditangannya, tetapi menjadi kaum kalkatu PBB - Pekak, Bisu & Buta hanya kerana kilauan kekuasaan duniawi. Bangkitlah, dan jadilah umat contoh. Ta'muruu nabil ma'ruf, wayanhau na 'anil mungkar, watu' minu nabillah- sadaqallah hal adheem.

Yang baik daripada ALLAH, yang tidak kelemahan teman sendiri. Wallahua'lam & wassalam.

Adios amigos, grasias senor.


BOIKOT BERSIH 2
TOLAK PEMIMPIN KOTOR
SOKONGLAH PARA ULAMA'

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
12 Rejab 1432
14 Jun 2011


Isnin, 20 Jun 2011

Fatwa Baru Nik Aziz




Mmmmm.....demonstrasi macam solat jugak ekk....tak paham aku....fatwa mana la dia pakai....