Memaparkan catatan dengan label Anwar Ibrahim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anwar Ibrahim. Papar semua catatan

Jumaat, 7 Mac 2014

KEBENARAN AKHIRNYA..


Salam…

Akhirnya kebenaran Muncul jua…

Habis la Anwar kali ini…

Jam 5 petang tadi Mahkamah Rayuan memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim BERSALAH  atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 2008..

Jumaat, 2 Mac 2012

Sokong Israel - Anwar Ibrahim Kantoi Lagi

Salam….

Kenyataan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim tempoh hari berkenaan keselamatan negara HARAM ISRAEL sehingga hari ini masih menjadi perhatian umum. Semalam HAMAS secara rasminya MENAFIKAN tentang pendirian pertubuhan itu selari dengan yang menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan negara HARAM ISRAEL.

Pengerusi Biro Politik Hamas, Dr. Mousa Abu Marzook menyatakan bahawa, pertubuhan itu sama sekali tidak akan mengiktiraf rejim Zionis kerana bagi Hamas, negara itu tidak sah kewujudannya di muka bumi.

Sekali lagi Anwar Ibrahim KANTOI!!!!....hehehe …..kenyataan itu memberi tamparan hebat kepada Anwar Ibrahim …kerana sebelum ni beliau mendakwa bahawa beliau dah “slow talk” dengan pemimpin HAMAS Khalid Mashal berkenaan perkara tersebut di Qatar tempoh hari…. Tup..tup…gini pula jadinye…hehehe…..dah dah la tu syeikh….KLIK SINI

Rabu, 6 Julai 2011

"BEERSIH" Serah Memorandum???



Salam....

Tak faham ambe ni...apa yang KUMPULAN HARAM "beersih" nak sebenarnya...it hari KUMPULAN HARAM ni kata yang diorang nak buat HIMPUNAN HARAM pasal nak hantar memorandum kepada DYMM SPB Yang Di Pertuan Agong...dah itu hari dah jumpa dengan Agong...tak kan tak serah lagi memo tu...patutnya ambilah kesempatan serah memo tu...ni tak....nak buat jugak HIMPUNAN HARAM "beersih" tu...apa punya BENGONG ambabiga daa....yang ambe musykil ni ...KUMPULAN HARAM ni nak hantar memo ker...nak buat apa sebenarnya ni...




Ahad, 26 Jun 2011

HIMPUNAN "BEERSHIT" di BUKIT BINTANG???




Salam...

mmm....tengah ambe duk "surfing" terbace artikel ni dari blog " THE FLYING KICK"...menarik gak...betul gak ape yang ditulis tu...

KENAPA tak wat PERHIMPUNAN HARAN "BEERSHIT" tu kat PETALING STREET ke...atau...BUKIT BINTANG ...pasti GEMPAK...nyerlah....



'KAYU API NERAKA' MINTA POLIS JADI BALACI BERSIH 2.0!!!

Lim Kit Siang marah kerana para pemimpin UMNO-BN tidak bersikap 'terbuka' untuk BERSIH 2.0 berbanding BERSIH 2007. Katanya, polis seharusnya ditugaskan untuk mengawal dan memastikan perarakan di tengah-tengah Kuala Lumpur itu, terutama di kawasan perniagaan umat Islam, berjalan lancar dan mengikut kehendak DAP serta CIA.

Apa yang boleh diucapkan ialah KEPALA BAPAK DIA!!!

BERSIH 2.0 sepatutnya dianjurkan dari kawasan Petaling Street atau di kawasan Bukit Bintang. Anehnya, setiap kali demonstrasi hendak diadakan, ia mesti di kawasan sekitar Jalan Melayu, Jalan Tun Perak, Jalan Raja dan Jalan Tunku Abdul Rahman. Kawasan di mana orang Melayu dan umat Islam berniaga, meskipun secara kecil-kecilan dan sebagai penjaja.

Belum pernah lagi perarakan atau demonstrasi diadakan di dalam kawasan pekan Cina Petaling Street. Bahkan ketika zaman Reformasi dahulu pun, Jalan Petaling sungguhpun dilalui oleh gelombang Reformasi yang menggila, tidak ada seorang pun yang berani masuk dan memulakan perarakan dari dalam.

Begitu juga di Bukit Bintang.

Kalau benar hujah yang mengatakan demonstrasi tersebut akan memberikan keuntungan serta pulangan yang besar kepada para penjaja, seharusnya ia dilakukan di Petaling Street dan Bukit Bintang. Apatah lagi seperti kata KAYU API NERAKA, perhimpunan tersebut akan menjadi rekod perhimpunan manusia terbesar di Malaysia, seharusnya boleh menarik lebih banyak perhatian dunia jikalau diadakan di Bukit Bintang.

Mengapa kacau di kawasan Melayu dan tidak sesekali berani masuk ke kawasan Cina?

Sabtu, 25 Jun 2011

HANGAT!!!! Video Ambiga Sanggah ANUwar Ibrahim


Ni artikel yang ambe ambil dari blog MiM....


Di bawah adalah video kenyataan Ambiga Sreneevasan Pengerusi pro-murtad Beersih yang pasti memalukan Anwar Ibrahim dan seluruh fanatik beliau.

Ambiga menepis, menempelak dan menghina Anwar Ibrahim! Di mana beliau mahu letak muka beliau sekarang?



Video : Ambiga Hina Anwar !

1. Dan di dalam isu ini, apakah ahli-ahli PAS dan PKR begitu rendah maruah mereka mempertabatkan Pengerusi pro-murtad itu sebagai heroin mereka?

2. Apakah mereka seperti peribahasa 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong' kerana terhegeh-hegeh menempek pada program orang lain yang tidak mengiktiraf parti PAS dan PKR?

3. Apakah PAS dan PKR sudah hilang kemampuan untuk mengadakan program tajaan sendiri?

MALU !

Selasa, 21 Jun 2011

Jom Boikot PERHIMPUNAN HARAM (bersih 2.0)

Salam...

Ni adalah petikan dari blog Zulkifli Noordin yang ambe rase boleh menjelaskan tentang tujuan sebenar PERHIMPUNAN HARAM bersih 2.0 diadakan. Marilah kite same-same berfikir sejenak motif sebenar DALANG disebalik PERHIMPUNAN HARAM ini. Jangan le kite terpengaruh dengak dakyah-dakyah PUAK PELAMPAU ni.



BERSIH YANG KOTOR?

(Appa, itu malayu mau mikin demo mau ikut ar? Aiya Ah Cheng, kita belakang luluk sulah. Kita kasi biar itu malayu hantam sama malayu ma!)

Salam 2 all.

Himpunan haram "Bersih-2" yang dijadualkan pada 09 Julai nanti adalah satu perhimpunan dengan niat yang "Kotor-2". Konon cerita ianya dianjurkan oleh badan-badan NGO untuk menuntut pilihanraya umum yang bersih! Ianya sebenarnya Himpunan Bersih dengan niat kotor untuk sapu bersih negara ini daripada pemerintahan Islam-Melayu! Agenda jahat untuk menjatuhkan pemerintahan Melayu-Islam dengan cara haram - ala Dataran Tahrir!!

Adakah pilihanraya di negara ini tidak bersih? Kalau tidak bersih, masakan 5 negeri boleh tumbang, dan 2/3 majoriti Kerajaan hilang. Teman akui pilihanraya kita tidak sempurna, sebagaimana pilihanraya umum banyak negara lain, termasuk Amerika dan negara Eropah, tetapi nak kata tidak bersih adalah fitnah sama sekali. Memang boleh beberapa perkara diperbetulkan. Contohnya undi pos. Bukan menghapuskan undi pos, tetapi memperkemaskannya, saperti membenarkan wakil calon hadir semasa pengiraan dan Borang 14 undi pos ditandatangani oleh semua wakil calon dan masing-masing menyimpan salinan sehingga pengiraan undi sepenuhnya. Ini akan memastikan ketelusan dan transparensi.

Teman tengok pilihanraya mereka sendiri pun tak bersih. Cuba tengok pilihanraya PKR. Ahlinya sendiri mengadu berlakunya penipuan, putar belit, penafian hak, ujudnya pengundi hantu dan macam-macam lagi. Calon Timbalan Presiden komplen kena buang terus yop. Calon Timbalan Presiden Mustafa Kamil Ayob membuat aduan berkajang-kajang langsung tak dilayan. Calon Ketua AMK Badrulhisham mengemukakan memorandum bantahan berkati-kati namun dibakulsampahkan. Cerminkan diri sendiri dululah yop.

Tengok pilihanraya haram masjid-masjid yang mahu dibuat di Pulau Pinang. Perkenan Tuanku YDP Agong sebagai Ketua Agama Islam langsung tidak diperolehi. Suatu penderhakaan yang jelas. Dan paling teruk, daftar pengundi anak kariah masjid pun tidak ada!!! Habis siapa yang berhak mengundi. Kata barua biaDAP yang jahil muraqab, terpulang kepada Pengerusi Masjid dan AJK menentukan siapa boleh mengundi. Nak kata bodoh, pergi sekolah. Nak kata cerdik, cakap macam orang bodoh. Maknanya Pengerusi Masjid diberi ruang untuk manipulasi menentukan siapa boleh mengundi. Sudah pasti Pengerusi akan hanya benarkan mereka yang menyokongnya sahaja boleh mengundi. Anak kariah yang tak menyokong, pasti akan diketepikan. Maka akan berlaku kekecohan dan perpecahan dikalangan anak kariah. Dan yang pasti senyum khinzir ialah kaum kafir harbi juga! Tidak kah bodoh segelintir umat Islam yop?

Tetapi persoalan pokok sekarang ialah mengapa himpunan haram Bersih 2 dijalanraya mahu dibuat juga? Pertama mereka dakwa ini hak untuk berhimpun yang dijamin oleh Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan. Benar Artikel 10 membenarkan hak berhimpun, tetapi ada had batasannya. Bukan hak sembrono boleh dibuat ikut nafsu sendiri. Bukannya pihak polis tidak beri berhimpun. Tetapi pihak polis benarkan, malah mencadangkan himpunan dibuat di stadium. Samada stadium Merdeka, Stadium Bukit Jalil, malah Stadium Shah Alam pun boleh. Tetapi mereka menolak! Jadi persoalannya bukan hak berhimpun, tetapi niat jahat nak mencetuskan kekacauan dijalanan!!!

Kedua, mereka mendakwa tujuan himpunan haram itu adalah untuk menyerahkan memorandum kepada Tuanku YDP Agong. Teman dah periksa dengan pihak istana, setakat ini tidak ada langsung temujanji dibuat dengan pihak Istana untuk mengadakan pertemuan dan menyerahkan memorandum tersebut. Bermakna ini satu pembohongan dan putarbelit. Dan kalau setakat nak serah kepada Tuanku YDP Agong, sesudah mendapat perkenan Istana untuk mengadap, hantarlah wakil beberapa orang dan serahkan memorandum tersebut. Mengapa perlu nak buat himpunan haram ditengah bandaraya Kuala Lumpur?

Kalau sekadar nak tunjukkan rakyat menyokong, buat sahaja memorandum yang ditandatangani oleh para penyokong mereka. Ini yang kami Pertubuhan Pembela Islam buat semasa kes murtad Azlina Jailani tahun 2006. Beberapa orang kami yang mewakili badan-badan NGO memohon perkenan mengadap Tuanku YDP Agong membawa bersama kami 1,000,000 @ sejuta tandatangan umat Islam yang membantah kes itu. Dan itu pun kami tidak dapat mengadap Tuanku, hanya bertemu Pemegang Mohor Besar Raja-Raja Melayu. Tetapi tidak pulak kami marah melompat. Cuba bayang kalau kami mahu main kotor macam Bersih 2 ini, kami boleh minta sejuta umat yang menandatangani memorandum itu turun ramai-ramai. Tetapi kami tiada niat jahat, tujuan kami hanya untuk menyerahkan memorandum bantahan umat Islam kepada Tuanku YDP Agong. Dan matlamat kami tercapai alhamdulillah. Tiada kecoh, tiada rusuhan; ianya benar-benar proses yang aman.

Jadi rumusannya, niat golongan pelampau yang mahu mengadakan himpunan haram Bersih 2 pada 09 Julai ini sebenarnya adalah kotor; mempunyai niat jahat dan agenda kepentingan sendiri. Kalau nak berhimpun Polis benarkan buat di stadium. Kalau nak serah memorandum temujanji dengan pihak Istana pun tidak dibuat. Kalau nak buktikan ada penyokong, mereka boleh kemukakan memorandum dengan tandatangan tetapi langsung tidak dilaksanakan. Jadi apa sebenarnya niat mereka?

Niatnya jelas. Cuba baca twitter, facebook dan laman web kaum pelampau ini. "Mari kita tumbangkan kerajaan 9 Julai ini". "Jom sapu-bersih Be End 09 Julai". "Dataran Merdeka Dataran Tahrir". "Basahkan bumi KL dengan warna merah". "Kalau rakyat Mesir berjaya, kita juga akan berjaya". Dan banyak lagi kenyataan-kenyataan yang membawa kepada satu sahaja rumusan, mereka berniat mahu menjadikan 09 Julai sebagai hari rusuhan, kekacauan sebagaimana berlakunya dinegara-negara 'Arab. Dengan niat supaya Kerajaan yang dipilih rakyat ini tumbang secara ganas, kasar dan haram.

Teman cukup yakin dalang-dalang disebalik himpunan haram ini mempunyai agenda mereka sendiri. Ambeega Sreenavasan, bekas Pengerusi Majlis Peguam, badan yang terkenal anti Islam, sudah pasti mahukan kerajaan yang ada pada hari ini tumbang kerana "terlalu Islamik". Yang ini takkan rakan-rakan dalam PAS dah lupa. Dengar kata manusia yang ditabal bininya sendiri dah pukul kompang nak turun. Apa niat Majlis Peguam, terutamanya Ambiga Sreenavasan yang dilantik menjadi Pengerusi Himpunan Haram ini? Apa niat dan agenda Anwar dan kaum Anwarinas untuk mengadakan himpunan haram ini. Insyallah akan teman kupas dalam masa terdekat ini.

Jadi yop, janganlah jadi lembu bodoh yang dicucuk hidung. Teman tahu ramai rakan teman dikalangan ahli PAS mempunyai niat baik, mahukan pilihanraya yang adil dan sempurna. Tetapi adakah mereka lupa siapa dia Ambiga Sreenavasan dan Bar Council; yang kini mereka tabalkan sebagai ketua himpunan haram ini. Dan ramai rakan teman yang berhati suci putih bersih ini tidak mengenali Anwar. Mereka tidak sedar yang parti PAS sudah dikuasai oleh kaum Anwarinas yang menyembah Anwar. YB Datuk Hassan Ali pun boleh dibuang, YB Datuk Harun Taib pun boleh diketepikan; dan ini adalah antara tokoh Islam yang benar-benar ikhlas mahu memperjuangkan Islam dan menentang sebarang kemungkaran termasuk para peliwat dan pengenjut China-doll. Dan kini mereka tumbang.

Pada teman dan rakan yang masih cintakan Islam didalam PAS, teman ingatkan diri teman dan mike semua, bacalah Surah Al Baqarah: 7-18, Surah Yaasin 6-17, dan Surah Al Kahfi: 1-10. Jelas ALLAH berikan amaran kepada umat Islam, yang ada Al Quran ditangannya, tetapi menjadi kaum kalkatu PBB - Pekak, Bisu & Buta hanya kerana kilauan kekuasaan duniawi. Bangkitlah, dan jadilah umat contoh. Ta'muruu nabil ma'ruf, wayanhau na 'anil mungkar, watu' minu nabillah- sadaqallah hal adheem.

Yang baik daripada ALLAH, yang tidak kelemahan teman sendiri. Wallahua'lam & wassalam.

Adios amigos, grasias senor.


BOIKOT BERSIH 2
TOLAK PEMIMPIN KOTOR
SOKONGLAH PARA ULAMA'

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
12 Rejab 1432
14 Jun 2011