Jumaat, 1 Julai 2011

SPR Tak TELUS??


Salam....


Tak faham ambe.....apa yang sebenarnye puak-puak yang menyokong PERHIMPUNAN HARAM " beersih" ni nak????....selama ni puak-puak ni duk kata pilihnraya di Malaysia ni yang diuruskan oleh SPR tak telus....yang mereka boleh menang sampai dapat perintah 5 buah negeri tu takkan TAK TELUS lagi kot? Lagi satu....Kelantan dah 20 tahun lebih diperntah oleh nik aziz....tak kan tak telus lagi "gu"???

Betul ape yang dicakap oleh Pengerusi SPR tu....ambe setuju....kalau SPR tak telus...tak merasa la Nik Aziz, Azizan, Khalid Ibrahim, Lim Guan Eng jadi YABMenteri Besar dan Ketua Menteri.....ye tak????

Pembangkang tak akan menang langsung jika SPR tak telus 2011/07/01

BANGKOK: Pembangkang tidak ada peluang langsung untuk memenangi kerusi pilihan raya sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak adil dan telus dalam mengendalikan pilihan raya di Malaysia. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata semua pilihan raya umum dan kecil akan dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) sahaja jika SPR bertindak sedemikian.
"Kalau SPR tidak adil dan telus, bagaimana pembangkang boleh memenangi lima negeri pada pilihan raya umum lepas... tak kan nak menang semua negeri, baru SPR dianggap adil dan telus," katanya dalam temuramah dengan TV3 dan Bernama di sini.
Beliau berada di sini sebagai pemerhati antarabangsa atas jemputan Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand untuk memantau perjalanan pilihan raya umumnya yang akan diadakan Ahad ini. Malaysia adalah antara 13 negara yang dijemput. Abdul Aziz berkata kemenangan atau kekalahan sesebuah parti atau calon pilihan raya bergantung kepada keadaan dan bukan kerana SPR memberi pertolongan atau tidak. - BERNAMA

Tiada ulasan: